Pengikut :)

Thursday, August 18

rintihan.

Aku,
Aku anak yang teruk,

Seringkali menitiskan air mata ayahanda dan bonda ku, tak pernah nak senangkan hati mereka. Kenapalah aku hidup kan ? Tak habis - habis asyik nak menyusahkan hidup orang yang dah membesarkan aku, dari kecik sampai lah sekarang. Aku tak mampu nak buktikan aku nih anak yg terbaik. Walaupun tanggung jawab besar tergalas dekat bahu aku, aku tak mampu jadi contoh. Aku dah hancurkan masa depan aku sendiri, dah musnahkan harapan mak ayah aku.

Syurga di bawah telapak kaki ibu

" Ya Allah, aku tak mampu ya Allah. Kalau masih ada jalannya, tunjukkan pada aku ya Allah. Aku penat merintih hari - hari, mengenang nasib sendiri. Kalau kurang usaha ku tunjukkan padaku mana yang harus diperbetulkan ya Allah. Permudahkan lah jalan untuk hambamu yang hina ini ya Allah. Sesungguhnya kau yang maha mengasihani, maha pemberi rezeki. Kasihani lah hamba mu ini. Senangkan lah hati ibu bapaku ya Allah, ampunkan lah dosa - dosa mereka. Dengarkan lah rintihan ku ini ya Allah. Jikalau ada ruang untuk ku berubah, tunjukkan. Sesungguhnya aku mengetahui bahawa kau lah yang maha menghendaki sesuatu. Perkenankanlah doa hambamu ini ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin"

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu - bapa

Rintihan, moga dibersihkan hati ini.

No comments: