Pengikut :)

Thursday, September 30

Kepada manusia berkuasa

terkejar kejar mencari kuasa
kuasa yg hanya kan membinasa
apa lah nk dikejarkan sgt kuasa
kalau ianya membentangkn karpet ke neraka
bila ramai yg ada kuasa
maka ramai yg duduk lenggang minum air kelapa
tujuannya utk apa
sama sama kita tanya
kalau kuasa yg diberi-Nya digunakan utk mencari redha-Nya tidak mengapa
dan itulah yg seelok-eloknya
ataupn utk yg sepatutnya tidak mengapa
tepuk dada tanya kenapa dan utk apa
adakah utk melihatkan pada dunia
siapa yg lebih hebat diantara siapa
ataukah supaya dapat menjadi lebih terkemuka
kerana dapat mengemukakan idea yg tak disangka sangka
bukankah ilham itu dari Allah yg Maha Kuasa juga
jadi beringatlah wahai manusia yg berkuasa
usahlah berbuat tak tentu hala dgn kuasa yg ada
kelak pasti jatuh ditimpa tangga
sekelip mata Allah boleh menjadikan yg terkemuka menjadi hina dina
seringkalinya bila kita ada kuasa
kita cuma mahu dengar tentang apa yg kita mahu dengar sahaja
bukan itu caranya
tetapi sebaliknya dengar2 kan lah kata2 dari pihak lain juga
pandai2 lah kita mengurusnya
ada betul dan salahnya
bukan perkara senang bila ada kuasa
mestilah ya tak, bila ada kuasa mestilah banyak tanggungjawabnya,
namun demikian,...org2 berkuasa buat macam biasa sahaja ???

credit to : fits

Wednesday, May 5

Mama.. :)

Assalamualaikum~!

"terima kasih atas segalanya, ma"
jerit hati kecilku ini..

Seumur hidup, aku tak pernah utarakan "Hariz rindu mama" atau ayat - ayat yg sewaktu dengannya jadi mama mungkin ingat aku ni jenis anak yang tak suka meluahkan perasaan.

Mungkin bagi orang dewasa, aku budak yang tak sensitif. Jarang bercakap dan jarang tunjuk emosi. Membesar dengan diam dan cukup sekadar bersederhana. Biasanya aku akan pendam perasaan aku, kalau marah pun aku tak pernah tunjuk. Cukuplah sekadar aku senyap dan buat muka, orang dah faham kalau keadaan aku begitu, mesti aku tengah tak betul. Aku selalu tunjuk muka tak peduli, berdiri di satu sudut dan pandang sekeliling.

Adakalanya mama menangis bila tengok cerita atau drama sedih di kaca TV. Masa tu mesti aku cakap benda pelik dan gelakkan dia, mama cuma mengeluh je bila aku buat macam tu.

"Budak ni.." bisik dia.

Orang kata memang anak lelaki kurang rapat dengan ibunya.

Seingat aku, aku memang jarang berada di sisi mama. Aku jarang berborak dengan dia atau dengar masalah dia. Malah aku saja buat tak endah bila aku tengok dia tak sihat, cukuplah sekadar suruh mama makan ubat. Tapi, jauh di jiwa aku ni, Tuhan saja yang tahu betapa risaunya aku. Aku tak tahu nak buat apa, jiwa aku meronta - ronta. Tapi, Hariz tetap Hariz. Tiada apa yang berlaku.

Masa aku darjah 5, kemalangan menimpa mama. Masa dalam kelas, Cikgu Shamhaitoon yang sampaikan berita. Dari wajah ceria aku yang tengah main, aku terus terduduk menangis kat meja. Aku tak tahu macam mana nak perasaan aku ketika itu. Balik rumah aku tengok kaki mama berbalut, dalam hati tekad nak jaga mama masa tu. Tapi, biasalah naluri kanak - kanak. Main tetap nombor satu.

Mama selalu marah aku, kadang - kadang aku fikir apa yang perlu aku buat supaya tak kena marah? Aku selalu lawan cakap mama, selalu dah mama menangis sebab perangai aku ni. Aku jahat, ya. Memang aku jahat, Kata - kata mama selalu aku tak ikut. Tapi, mama tetap tabah. Tak pernah sekalipun dia abaikan tanggungjawabnya, walaupun seringkali aku sakiti hatinya. Mama memang kuat, mama lah Superman di hatiku walaupun mama perempuan.

Ramai orang cakap anak adalah ibarat burung. Ketika kecil mereka lemah, bila sayap mereka sudah cukup kuat, mereka akan terbang meninggalkan rumahnya.

Dulu aku cukup benci bila mama tanya tentang hidup dan keadaan aku sebab aku rasa aku dah cukup besar untuk jadi diri sendiri. Aku tak perlu dengar lagi nasihat dan pendapat dia. Aku rasa mama dan pendapat dia ketinggalan zaman, sebab masa tu aku rasa aku dah cukup matang. Ibarat buah durian bila dah matang, tetap akan berpisah dengan induknya.

Aku selalu ingat masa aku tinggal di rumah dahulu, tiap hari balik sekolah agama mesti makanan dah tersedia kat ruang makan. Bahagia sangat masa tu, semuanya lengkap. Sekarang bila aku dah belajar di Universiti,semuanya kucar kacir. Kadang - kadang makan pun tak sempat, pagi pun liat nak bangun. Seringkali aku terfikir,

"Kalau mama ada, mesti semuanya settle."

Masa aku sakit, mama yang selalu ada kat sisi aku. Dia akan jaga aku, tuala basah diletakkan di dahi, badan aku diurut. Jaga aku sampai lewat malam. Sekarang bila aku sakit, aku akan sentiasa teringat kat mama.

"Alangkah indahnya kalau aku kat rumah tika ini.." sebut hati kecilku.

Aku sentiasa ingat zaman kecil aku, mama umpama payung besar yang sentiasa melindungi aku dari pelbagai masalah. Setiap kali aku buat masalah, aku akan menyorok kat belakang mama. Bila aku dewasa, tiap kali ada masalah, aku masih terus memikirkan mama.

"Apa patut aku buat, mama.. tolong Hariz!"

Tapi tak pernah ada orang tahu hal ini melainkan aku sendiri.

Banyak kali aku nak telefon mama beritahu pasal diri aku, tapi aku ego! Cakap dengan diri sendiri supaya tabah. Sejak kecil lagi aku bukan orang yang mudah menangis. Aku tak nak orang tahu yang aku sedih, aku tak nak orang nampak kesedihan dan kepedihan yang aku rasa. Walaupun aku rindu seseorang, aku sayang seseorang. Aku akan pendam perasaan itu, aku tak berani luahkan termasuklah rasa kasih aku pada ibu. Sebab itulah ramai orang anggap aku anak yang dingin dan tak sensitif.

"Ma, sebenarnya Hariz salah.."

Aku rasa dengan berpura - pura tak peduli dan memendam emosi yang aku rasakan, aku dapat sorokkan kelemahan aku dan jadi lebih kuat.

"Ma, sebenarnya Hariz tak kuat langsung. Lembik mcm sotong!"

Tak siapa tahu bila aku tinggalkan rumah ke Universiti, aku akan menangis. Air mata aku akan mengalir menahan kerinduan dekat mama. Sebab itulah aku tak nak mama ikut tiap kali abah hantar balik ke Universiti.

Ma, walaupun Hariz lelaki, Hariz sebenarnya seorang yang sensitif dan penuh emosi, maaf sebab tak pernah tunjukkan pada mama. Ramai kawan aku yang hilang ibu ketika umurnya masih muda, ketika itulah aku sedar. Gembirakanlah hatinya sebelum pudar masanya. Kita membesar begitu cepat, semua akan hilang satu persatu dari hidup kita. Ketika kita sedar, kita sudah pun terlambat untuk meraihnya. Samalah seperti aku, ketika dah berjauhan, barulah nak sedar semuanya.

Ma, akhirnya Hariz tahu apa itu erti "kekuatan" yang sebenar. Kekuatan adalah keberanian utk tonjolkan diri kita yang sebenar. Kekuatan ialah memiliki keupayaan untuk mencintai orang yang kita sayang. Tapi aku? Aku tak pernah tonjolkan diri yang sebenar, tak pernah ada kebolehan nak mencintai orang yang aku sayang. Aku umpama hidup dibelenggu dinding konkrit.

Ma, mama lah orang yang paling kuat. Demi membesarkan Hariz, mama sanggup korbankan apa sahaja.

Untuk Hariz, mama tanggung sejuta kerisauan.

Kasih mama, sampai bila - bila pun dapat Hariz rasa. Dari kecil hingga dewasa.

Ma, Hariz akan jadi seorang yang berani. Tunggulah saatnya.

p/s: Mama, dikaulah insan yang paling ku kasihi dalam dunia ini.


Credit to : Wang Xiao Yang, Ibu Robotku Sayang.