Pengikut :)

Wednesday, May 5

Mama.. :)

Assalamualaikum~!

"terima kasih atas segalanya, ma"
jerit hati kecilku ini..

Seumur hidup, aku tak pernah cakap "hariz rindu mama" atau ayat2 yg sewaktu dengannya jadi dia mungkin ingat aku ni jenis anak yg tak suka tunjuk perasaan.

Mungkin bagi orang dewasa, aku budak yang macam tu. Jarang bercakap dan jarang tunjuk emosi. Membesar dengan senyap dan hidup dengan biasa - biasa je. Biasanya aku pendam je perasaan aku, kalau marah pun aku tak pernah cakap. Cukuplah sekadar aku senyap dan buat muka, orang dah faham kalau keaddan aku camtu mesti aku tengah tak betul. Aku selalu tunjuk muka tak peduli, berdiri kat satu tempat dan pandang sekeliling.

Adakalanya mama menangis bila tengok cerita2 or drama2 sedih kat tv. Masa tu mesti aku cakap pelik2 dan gelakkan dia, mama cuma mengeluh je bila aku buat camtu. "Budak ni.." Orang kata memang anak lelaki kurang rapat dengan ibunya.

Seingat aku, aku memang jarang berada kat sisi mama. Aku jarang berborak dengan dia atau dengar masalah dia. Malah aku saje buat endah je bila aku tengok dia tak sihat, cukuplah sekadar suruh ma makan ubat. Tapi, jauh kat jiwa aku ni, tuhan je yang tahu betapa risaunya aku. Aku tak tahu nak buat apa, jiwa aku meronta - ronta. Tapi, hariz tetap hariz. Camtulah jadinya.

Masa aku darjah 5, mama accident. Masa tu aku dalam kelas, cikgu Shamhaitoon yang bagitahu pasal tu. Dari wajah ceria aku yang tengah main, aku terus terduduk menangis kat meja. Aku tak tahu camne nak ckp hati aku mase tu. Balik rumah aku tengok kaki mama berbalut, dalam hati aku tekad nak jaga mama mase tu. Tapi, biasalah naluri kanak2. Main tetap no 1.

Mama selalu marah2 aku, kadang2 aku fikir apa yang pelu aku buat supaya tak kena marah? Aku selalu lawan cakap mama, kadang2 mama menangis sebab perangai aku ni. Aku jahat, ya.. memang aku jahat, Kata2 mama selalu aku tak ikut. Tapi, mama tetap tabah. Tak pernah sekalipun dia abaikan tanggungjawabnya, walaupun seringkali aku sakiti hatinya. Mama memang kuat, mamalah superman di hatiku walaupun mama perempuan.

Ramai orang cakap anak adalah ibarat burung. Ketika kecil mereka lemah, bila sayap mereka sudah cukup kuat, mereka akan terbang meninggalkan rumahnya.

Dulu aku cukup benci bila mama tanya tentang hidup dan keaddan aku sebab aku rasa aku dah cukup besar untuk ja diri sendiri. Aku tak perlu dengar lagi nasihat dan pendapat dia. Aku rasa mama dan pendapat dia ketinggalan zaman, sebab masa tu aku rasa aku dah cukup matang. Ibarat buah durian bila dah matang, tetap akan berpisah dengan induknya.

Aku selalu ingat masa aku duk rumah dulu mase sekolah rendah , Setiap hari balik sekolah petang, makanan dah tersedia kat ruang makan. Bahagia sangat masa tu, semuanya lengkap. Sekarang bila aku dah duduk U,semuanya kucar kacir. Kadang2 makan pun tak sempat, pagi pun liat gila2 nak bangun. Aku kadang2 terfikir, "kalau mama ada, mesti semuanya complete.."

Time aku sakit, mamalah yang selalu ada kat sisi aku. Dia akan jaga aku time demam, tuala basah diletakkan kat dahi, badan aku diurut. Jaga aku sampai lewat malam. Sekarang bila aku sakit, aku akan sentiasa teringat kat mama, "alangkah indahnya kalau aku kat rumah time ni.." sebut hati kecilku.

Aku sentiasa ingat zaman kecil aku, mama umpama payung yang besar sentiasa lindungi aku dari pelbagai masalah. Setiap kali aku buat masalah, aku akan menyorok kat belakang mama. Bila aku dewasa, tiap kali ada masalah, aku masih terus memikirkan mama. "Apa patut aku buat, mama.. tolong Hariz.!"

Tapi hal ni tak ada orang yang tahu melainkan aku sendiri.

Banyak kali aku nak telefon mama beritahu pasal diri aku, tapi aku ego! cakap ngan diri sendiri supaya tabah. Sejak kecil lagi aku ni jenis org yang tak mudah menangis. Aku tak nak orang tahu yang aku sedih, aku tak nak orang nampak kesedihan dan kepedihan yang aku rasa. Walaupun aku rindu seseorang, aku sayang seseorang.. aku akan pendam perasaan tu, aku tak berani luahkan termasuklah rasa kasih aku pada ibu. Sebab tulah ramai orang anggap aku anak yang dingin dan tak sensitif.

"Ma, sebenarnya hariz salah.."

Aku rasa dengan berpura - pura tak peduli dengan memendam emosi yang aku rasakan, aku dapat sorokkan kelemahan aku dan menjadi lebih kuat.

"Ma, sebenarnya hariz tak kuat langsung. lembik mcm sotong!"

Tak siapa tahu bila aku tinggalkan rumah nak pergi U, aku akan nangis. Air mata aku akn mengalir menahan kerinduan dekat mama. Sebab tu lah aku tak nak mama ikut tiap kali abah hantar balik.

Ma, walaupun aku seorang lelaki, aku sebenarnya seorang yang sensitif dan penuh emosi, maaf sebab tak pernah tunjukkannya pada mama. Ramai kawan aku yang hilang ibu ketika umurnya masih muda, ketika itulah aku sedar... Gembirakanlah hatinya sebelum pudar masanya. Kita membesar begitu cepat, semua akan hilang satu persatu dari hidup kita. Ketika kita sedar, kita sudah pun terlambat untuk meraihnya. Samalah seperti aku, ketika dah berjauhan, barulah nak buat semuanya.haihhh~

Ma, akhirnya hariz tahu apa itu erti "kekuatan" yang sebenar. Kekuatan adalah keberanian utk tonjolkan diri kita yg sebenar. Kekuatan ialah memiliki keupayaan untuk mencintai orang yang kita sayang. Tapi aku? Tak pernah tonjolkan diri yang sebenar, tak pernah ada kebolehan nak mencintai orang yang aku sayang. Aku umpama hidup dibelenggu dinding2 konkrit.

Ma, mamalah yang paling kuat. Demi membesarkan Hariz, mama sanggup korbankan ape saje.
Untuk Hariz, mama tanggung sejuta kerisauan.
Kasih mama, sampai bila - bila pun dapat Hariz rasa. Dari kecil hingga dewasa.
Ma, Hariz akan jadi seorang yang berani. Tunggulah saatnya.

p/s: Mama, dikaulah insan yang paling ku kasihi dalam dunia ini...

-credit to : Wang Xiao Yang, Ibu Robotku Sayang.