Pengikut :)

Tuesday, December 6

KETUA

Kalau menjadi ketua itu adil,
Tiada lah pekerja kesukaan diantara yang ramai.

Jikalau menjadi ketua itu saksama,
Tiada lah yang lebih, tiada lah yang kurang.

Kalau menjadi ketua itu bijak,
Tiada lah menilai seseorang hanya dari sisi - sisi buruknya.

Jikalau menjadi ketua itu sukar,
Tiada lah seperti melepaskan batok di tangga.

Kalau menjadi ketua itu cekap,
Tiada lah terlepas khilaf si pengampu durjana.

Jikalau menjadi ketua itu sempurna,
Sudah pasti tiada siapa menjadi ketua, kerna tiada siapa yang sempurna.

Benar, tiada yang sempurna.

Tapi tiada sempurnamu seolah akalmu senteng, usaha kami dipandang enteng.

Nah, jadilah kau ketua sampai ke tua.

Sampai nyanyukmu menjadi bahan tawa.